Wednesday, 12 April 2017

makanan tradisional masyarakat melanau mukah

hiii..u ollsss...
hari ni awal si pendek nak post mengenai makanan tradisional masyarakat melanau mukah ni..
hari ni si pendek akan post mengenai sejenis makanan iaitu sagu.




sagu

sagu yang diperbuat daripada tepung sagu atau lemantak sebenarnya makanan ruji masyarakat melanau mukah. sagu ni rasanya berlemak, ada sedikit rasa masin. sagu ni juga diperbuat daripada tepung lemantak, kelapa parut kering dan telah disangai dengan padi dan garam. bagi membuat sagu ni ianya ada rumah khas yang digunakan oleh masyarakat melanau yang mana dipanggil belanga. bagi menghasilkan sagu ni ianya perlu ada prosesnya yang tersendiri dan kadang kala agak rumit. pada mulanya, tepung lemantak ini sebenarnya terhasil daripada pokok mulong atau rumbia yang telah dipotong sederhana kecil. kalau dulu masyarakat melanau akan ada cara manual untuk memproses pokok rumbia ni. tapi sekarang hanya ada separuh sahaja yang menggunakan cara manual kerana yang lainnya akan menggunakan mesin tertentu akibat daripada peredaran globalisasi dunia. penggunaan mesin lebih cepat daripada manual. apabila pokok rumbia itu mengalami proses yang berperingkat maka terhasillah tepung lemantak. 

tepung lemantak ini perlu dicampur dan digaul dengan sebati dengan ramuan yang lain seperti kelapa parut kering dan telah disangai dengan padi dan garam . dalam membuat sagu ni pun ada proses yang tertentu untuk menjadikan ianya berbentuk bulat.. bukan macam kita nak bulatkan biskut ye..ianya ada alatan tertentu. sagu ni best kalau makan dengan ikan(mana-mana ikan lah), kacang dan bersama air kopi atau teh yang panas. gerenti kenyang perut..👌👌👌.. 

sagu ni kalau kat mukah harganya memang mahal..si pendek ni memang dari kecil dah terbiasa dengan cara orang buat sagu sebab mak selalu buat sagu ni sendiri. adik beradik yang lain pun tau tak kira laki ke perempuan. tapi kalau kita orang yang buat kita orang tak jual sebab cukup buat untuk makan kelurga je. macam si pendek ni pergi merantau pun mesti akan bawa sagu ni..tapi cepat habis sebab sedap...😭😭😭😭

okk lah..tu je yang dapat saya kongsi..kalau ada pertanyaan bolehlah bagi soalan kat ruanagn komen tu..bawah ni si pendek akan titipkan gambar dan video dalam pemprosesan sagu.







Tuesday, 11 April 2017

makanan tradisional masyarakat melanau mukah

hiii korang semua...
selamat berjumpa kembali..
malam ni si pendek nak share mengenai sejenis makanan tradisional melanau yang lain iaitu linut ataupun ambuyat..



linut

ada yang mungkin pernah mendengar namanya dan mungkin ada yang pernah makan makanan ni.. namun yang pasti ramai yang tidak tahu mengenainya dan bagaimana proses pembuatannya. of course kat sini si pendek akan menerangkan serba sedikit mengenai linut @ ambuyat. pelikkan dengan nama makanan ni LINUT.. namun begitu, linut ini merupakan makanan masyarakat melanau yang harus anda semua cuba sebab sedap sangat..😋😋😋.

linut atau ambuyat ini merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang rumbia.. hal ini kerana pokok rumbia akan diproses menjadi tepung sagu @ lemantak (tepung sei orang melanau panggil) dan tepung itulah yang akan digunakan untuk membuat linut ini.. di kampung kami akan menggunakan penyepit khas yang diperbuat daripada buluh..tapi kalau nak guna benda tu mesti praktis dulu lah takut tak tahu macam mana nak pakai..😆😆😆..tapi boleh juga guna garfu, chopstick dan sudu..


makan linut ni pulak mestilah makan time masih panas-panas lagi sebab tak sedap kalau makan dah sejuk ia akan rasa semacam je.. linut ni sebenarnya rasanya tawar saja macam kita orang makan nasi jugak.. nasi kalau kita tak makan dengan lauk lain mesti rasa tawar je kan..tak tau lidah korang semua lah.. linut pun macam tu jugak dia mesti ada lauk lain baru sedap..linut ni kena makan dengan sambal belacan yang pedas baru best..sambal ni pulak mesti bagi cair-cair sikit.. selain sambal lauk pauk lain pun boleh asal berkenan dengan hati korang..kalau sayur yang wajib time makan linut ni ialah sayur pucuk paku, pucuk midin dan sayur pucuk ubi. makan lagi time tengah hari pergghhh memang terbaik.. 👍👍👍👍..

mesti korang pelik kan macam mana lah orang melanau ni makan makanan macam ni..ada juga orang cakap yang linut ni macam gam..😃😃😃..rupa je macam gam.. cara makan pun sebenarnya main telan je tak payah nak kunyah-kunyah..buat setakat si pendek ni hidup dan makan benda ni tak pernah pulak terdengar orang mati tercekik sebab makan linut..😅😅😅


bawah ni si pendek akan senaraikan bahan yang digunakan dalam membuat linut dan cara-caranya..
bahan-bahan
  • tepung sagu @ lemantak (ikut kuantiti korang nak makan lah..)
  • air panas (pastikan yang baru mendidih ye)
  • air biasa (tak payah banyak sangat asalkan dapat mencairkan tepung sagu tu je)
cara membuat
  • tepung sagu akan dicampur dengan air biasa dan mendapkan selama lebih kurang 10 minit lah
  • tuang air dan masukkan air panas yang baru mendidih kedalam tempat tepung sagu tu
  • kacau dengan sekuat hati hingga sebati dan masak kalau kacau tu pastikan ada energy yang tinggi tau sebab ia akan jadi likat.. (linut yang dah masak rupanya akan kelihatan jernih dan likat)
nak cara yang lebih mudah pun ada tapi keluarga kami belum pernah cuba lagi sebab selalu guna cara yang atas tu..
  • tepung sagu dicampur dengan air 
  • masak di atas kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jernih
senang kan..tapi rasanya takde bezanya pun cuma cara yang berbeza..kalau korang datang mukah jangan lupa nak rasa benda ni sebab mukah ni memang 'sarang'nya sebab linut ni makanan tradisional kaum melanau..memang rugi kalau datang mukah tapi tak mencuba makanan tradisional orang mukah..

kalau macam si pendek ni time balik kampung je boleh makan sebab makan berkumpul dengan keluarga memang best almaklumlah sedang merantau kat negeri orang..
kalau ada apa-apa pertanyaan bolehlah bagi soalan dekat bahagian komen tu..bawah ni si pendek akan titipkan video cara membuat linut ni..bolehlah korang cuba buat..





Monday, 10 April 2017

makanan tradisional masyarakat melanau mukah

Hiii..u ollsss...
si pendek ni nak kongsi sedikit mengenai makanan tradisional orang melanau, mukah kat u ollss..
pastinya ada yang sudah mengenali dan menikmati makanan tradisi orang melanau ni kan..tapi si pendek fikir ada juga orang tak tau pasal makanan tradisi ni..bila ingatkan pasal makanan tradisi nie aihhh asyik telan air liur je si pendek nie mana taknya kita nie kan kat negeri orang susah nak dapat makanan tradisi ni...😆😆😆😆
oleh itu, marilah kita sama-sama mengenali makanan tradisional orang melanau mukah ni ye..


 okkk...malam nie si pendek post 1 jelah dulu...asyik telan air liur je bila tengok gambar makanan tradisi ni a.k.a makanan favourite si pendek..



umai

Umai? Apa itu umai? Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional orang melanau. Umai boleh dikatakan sepupu sepapat kepada sushi di Negara Jepun. Umai merupakan ikan yang dihiris halus dan dibuang tulangnya. Ikan yang telah siap dihiris itu akan digaulkan hingga sebati bersama-sama dengan limau nipis, bawang merah, bawang besar, kacang tumbuk dan tidak lupa juga kepada cili. Semakin banyak limau nipis dan cili yang diletak semakin sedap umai itu. Untuk menambah rasa kesedapannya bolehlah letak garam dan ajinomoto secukup rasa.

Umai ni ada dua jenis iaitu umai campur(umai sasah) dan umai cecah(umai jeb). Kedua-dua umai ni memang sedap sampai menjilat jari. Dah macam resepi dah aku tulis tu, korang semua bolehlah cuba buat ye. Bahan dan caranya macam yang kat ↑ tu ye. Jika korang semua ada datang Mukah jangan lupa untuk mencuba makanan tradisi melanau iaitu umai ni ye. Makan sekali pasti nak kedua kalinya. Tak menyesal tau.. Bawah ni si pendek ada titipkan satu video untuk tontonan korang semua mengenai umai. 



esok si pendek post lagi makanan tradisi orang melanau ni ye..bye...selamat berjumpa lagi..👋👋👋👋




makanan tradisional masyarakat melanau mukah

hiii..u ollsss... hari ni awal si pendek nak post mengenai makanan tradisional masyarakat melanau mukah ni.. hari ni si pendek akan post me...