Wednesday, 12 April 2017

makanan tradisional masyarakat melanau mukah

hiii..u ollsss...
hari ni awal si pendek nak post mengenai makanan tradisional masyarakat melanau mukah ni..
hari ni si pendek akan post mengenai sejenis makanan iaitu sagu.




sagu

sagu yang diperbuat daripada tepung sagu atau lemantak sebenarnya makanan ruji masyarakat melanau mukah. sagu ni rasanya berlemak, ada sedikit rasa masin. sagu ni juga diperbuat daripada tepung lemantak, kelapa parut kering dan telah disangai dengan padi dan garam. bagi membuat sagu ni ianya ada rumah khas yang digunakan oleh masyarakat melanau yang mana dipanggil belanga. bagi menghasilkan sagu ni ianya perlu ada prosesnya yang tersendiri dan kadang kala agak rumit. pada mulanya, tepung lemantak ini sebenarnya terhasil daripada pokok mulong atau rumbia yang telah dipotong sederhana kecil. kalau dulu masyarakat melanau akan ada cara manual untuk memproses pokok rumbia ni. tapi sekarang hanya ada separuh sahaja yang menggunakan cara manual kerana yang lainnya akan menggunakan mesin tertentu akibat daripada peredaran globalisasi dunia. penggunaan mesin lebih cepat daripada manual. apabila pokok rumbia itu mengalami proses yang berperingkat maka terhasillah tepung lemantak. 

tepung lemantak ini perlu dicampur dan digaul dengan sebati dengan ramuan yang lain seperti kelapa parut kering dan telah disangai dengan padi dan garam . dalam membuat sagu ni pun ada proses yang tertentu untuk menjadikan ianya berbentuk bulat.. bukan macam kita nak bulatkan biskut ye..ianya ada alatan tertentu. sagu ni best kalau makan dengan ikan(mana-mana ikan lah), kacang dan bersama air kopi atau teh yang panas. gerenti kenyang perut..πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ.. 

sagu ni kalau kat mukah harganya memang mahal..si pendek ni memang dari kecil dah terbiasa dengan cara orang buat sagu sebab mak selalu buat sagu ni sendiri. adik beradik yang lain pun tau tak kira laki ke perempuan. tapi kalau kita orang yang buat kita orang tak jual sebab cukup buat untuk makan kelurga je. macam si pendek ni pergi merantau pun mesti akan bawa sagu ni..tapi cepat habis sebab sedap...😭😭😭😭

okk lah..tu je yang dapat saya kongsi..kalau ada pertanyaan bolehlah bagi soalan kat ruanagn komen tu..bawah ni si pendek akan titipkan gambar dan video dalam pemprosesan sagu.







10 comments:

  1. Wow .. Baru tahu .. Tq sharing

    ReplyDelete
  2. wow,, pandai buat sagulah ni,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..melentur buluh biarlah dari rebungnya..

      Delete
  3. Info menarikπŸ–’πŸ–’

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..kalau datang mukah, sarawak jangan lupa lawat tempat orang buat sagu..bina pengalaman sendiri..memang best..

      Delete
  4. saya suka beli sagu ni masa kecik..sedapppppp..

    ReplyDelete
  5. agak sukar sedikit.. tapi nak try.. thnks for sharing

    ReplyDelete

makanan tradisional masyarakat melanau mukah

hiii..u ollsss... hari ni awal si pendek nak post mengenai makanan tradisional masyarakat melanau mukah ni.. hari ni si pendek akan post me...