Monday, 10 April 2017

makanan tradisional masyarakat melanau mukah

Hiii..u ollsss...
si pendek ni nak kongsi sedikit mengenai makanan tradisional orang melanau, mukah kat u ollss..
pastinya ada yang sudah mengenali dan menikmati makanan tradisi orang melanau ni kan..tapi si pendek fikir ada juga orang tak tau pasal makanan tradisi ni..bila ingatkan pasal makanan tradisi nie aihhh asyik telan air liur je si pendek nie mana taknya kita nie kan kat negeri orang susah nak dapat makanan tradisi ni...😆😆😆😆
oleh itu, marilah kita sama-sama mengenali makanan tradisional orang melanau mukah ni ye..


 okkk...malam nie si pendek post 1 jelah dulu...asyik telan air liur je bila tengok gambar makanan tradisi ni a.k.a makanan favourite si pendek..



umai

Umai? Apa itu umai? Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional orang melanau. Umai boleh dikatakan sepupu sepapat kepada sushi di Negara Jepun. Umai merupakan ikan yang dihiris halus dan dibuang tulangnya. Ikan yang telah siap dihiris itu akan digaulkan hingga sebati bersama-sama dengan limau nipis, bawang merah, bawang besar, kacang tumbuk dan tidak lupa juga kepada cili. Semakin banyak limau nipis dan cili yang diletak semakin sedap umai itu. Untuk menambah rasa kesedapannya bolehlah letak garam dan ajinomoto secukup rasa.

Umai ni ada dua jenis iaitu umai campur(umai sasah) dan umai cecah(umai jeb). Kedua-dua umai ni memang sedap sampai menjilat jari. Dah macam resepi dah aku tulis tu, korang semua bolehlah cuba buat ye. Bahan dan caranya macam yang kat ↑ tu ye. Jika korang semua ada datang Mukah jangan lupa untuk mencuba makanan tradisi melanau iaitu umai ni ye. Makan sekali pasti nak kedua kalinya. Tak menyesal tau.. Bawah ni si pendek ada titipkan satu video untuk tontonan korang semua mengenai umai. 



esok si pendek post lagi makanan tradisi orang melanau ni ye..bye...selamat berjumpa lagi..👋👋👋👋




6 comments:

  1. Walaupun aku tk mkn sayur .. It's look lovely .. And delicious .. Tq for sharing nanti share kat kluarga sy

    ReplyDelete
  2. sedap...itu je yang mampu diungkapkan..

    ReplyDelete
  3. memang sedap..tambah lagi kalau masih fresh..

    ReplyDelete
  4. wowww... salah satu makanan kegemaran saya..thank or info.

    ReplyDelete

makanan tradisional masyarakat melanau mukah

hiii..u ollsss... hari ni awal si pendek nak post mengenai makanan tradisional masyarakat melanau mukah ni.. hari ni si pendek akan post me...